Assalamualaikum lovelies!^^
Harini semangat sikit sebab sebab sebab taraaaaaaa nak cerita pasal seorang kawan yang baiklah jugak, tapi actually baru kawan dalam 2 tahun macam tu hihuu tapi rasa macam kawan baiklah for the first time in my life rasa alhamdulillah bertuah dapat kawan baik *boy* yang tak berapa baik sebenarnya instead of girlfriend.:) so, macam berbelit sikit but who cares hehe.
Nama kawan baik kita sorang ni, ada terasa nak kenal dengan dia tak haha tak handsome pun but baik hati plus bookworms. Sebelum bagitau nama cerita dululah.. Well, kawan baik kita suka gila membaca, tengok berita (ye kot?), ambil tahu pasal berita-berita luar and dalam negara, rajin, always fitlah. (Always fit actually sebab pernah cakap dia gemok then dia reply "Aku always small and fit kot." (╭ ̄3 ̄)╭♡ So macam perasan sikit lah kot walaupun tu kenyataan haha)
Oh, before nak sambung cerita, janganlah fikir yang pelik-pelik sebab kita anggap dia kawan je not more than that. And kita muda lagi so takyah nak serabutkan fikir sesuatu yang complicated ni. *peace:).
Kawan dengan budak kecik sorang ni dari Puncak Alam zaman asasi dulu-dulu. First week of class dah kecoh jom makan McD (masa tu belum start memboikot lagi) sama-sama weh jom!-budak laki cakap- (Sebab kelas engineering so major boys je dalam kelas perempuan selalu ditindas huhu *menangis) "Why?" "Sebab kitorang nak sambut birthday *tettt-nama dirahsiakan* sekali." "Jom ah, lepas solat Jumaat ni tunggu kat bustop Raff tau." (Raff stand for Kolej Kediaman Rafflesia). Lepastu, jadilah satu cerita satu kelas makan sama-sama kat McD haritu tapi sorry bro, gua terlupa tarikh hehe. Siap buat video bagai khas utk birthday dia je, birthday orang lain tak special macam ni pun. Well, ealous sikit sebenarnya sebab on my birthday takde sorang pun yg ingat and wish. T___T
-Nah, belanja gambar permandangan indah Puncak Alam di waktu malam.-
Zaman kat Puncak Alam memang banyak cerita alhamdulillah banyak memori kenangan kisah silam yg indah-indah belaka. Okay, move on ke zaman before masuk UTHM. Masatu baru dapat result upu, so semua orang excited nak tau dapat u yang dipilih ke tak but not me. sebab parents suruh mohon UTHM je sebab sebelah je dengan rumah so dekat is senanag and simple kan. Tapi teringin nak pergi jauh-jauh masa tulah fikir macam tu. Tak excited langsung nak tengok result upu sebab dari pilihan first sampai sixth UTHM berderet so of courselah masuk jugak UTHM kan. So, bila dah tau keputusan semua tanya sana sini sama dengan sapa haha. and alhamdulillah dapat sama dengan Leny, Fahmi and sorang kawan baik kita ni^^ apa lagi, sama kos kot tu yang bertambah excited.
Masa masuk sem 1, ingat lagi (dengan sem 2 jugak) kalau jumpa kawan baik kita ni mesti macam excited terlebih lol and kawan baik kita pun mesti ukir senyuman utk kita cehh. Lagi-lagi bila jumpa kat pasar malam depan perwira tu hehe. Oh, tetiba teringat, kawan kita ni lah yang mendorong kita pakai stoking sebab kaki kan aurat juga untuk perempuan? Sp, it is wajib^^ terima kasih kawan. Okay, sambung balik, time sem 1 sama kelas Sc Bahan and sem 2 sama lab and sama group. Wahh, beronok-ronok. tapi time sem 1 belum anggap kawan baik lagi haha jahat tak? Bila dah buat kerja sesama dalam lab semua baru terasa "baik budak ni..lol"
So, dipendekkan cerita sikit (sebab macam dah teroverdos panjang) ada satu masa ni masuk sem 3 dah, alhamdulillah kita dapat anugerah dekan sama-sama dengan kawan baik kita. So, sepanjang cuti sem 2 bulan before masuk sem 3 memanglah takde bercakap dengan dia. and after masuk sem 3 pun even sama kelas maths pun takde berkomunikasi pun dengan budak kecik sorang ni. Taktau macam mana tapi rasa rindu nak cakap dengan dia *Sorry, over pulak* So, kitorang sama-sama pergi Majlis Anugerah Dekan ni alhamdulillah semuanya dengan izin Allah dan dorongan parents, cikgu and kawan-kawan. Jumpa pak cik dalam Dewan DTMI!^^ So happy that I can't describe by words. Adalah senyum-senyum sikit je mula-mula and panggil-panggil nama je mula-mula lol bajet malu apa, padahal dah kenal lama. Lepas dah duduk kat kerusi budak kecik ni panggil "Maryam sam!" Haha, actually sorang kawan ni suka tambah sam kat nama orang, tapi sebut sam tu macam ni s.e.m SEM, not s.a.m SAM. Tapi kawan baik kita ni sebut "Maryam sam!" So macam kelakar sikit haha. Then kita panggil dia balik and add sam kat belakang nama dia.:):):) Time dah duduk kat kerusi dia barisan depan, kita barisan belakang, bual-bual dengan dia pasal ayah. Haha, dia cakap dia macam kenal ayah, agak-agak ada sorang pak cik ni mata sama macam kita so my beloved ayah le tu(^ー^*)// Baru namanya like father like daughter. Tu je lah kot cerita.
Sebelum terlupa, kawan kita lah jugak yang bagi semangat utk terus study, work hard sepanjang belajar di sini. Sebenarnya, dia takdelah bagi semangat pesanan terang-terangan tapi after he revealed his pointer for sem 1, kita rasa macam "Wahh, hebat pak cik ni!" and time kat situ, perlawanan pelajaran berlumba secara sihat ppun bermula. Terima kasih.
Walaupun dia tak anggap kita kawan baik and maybe dia anggap kawan biasa-biasa je macam orang lain tapi kita tetap nak anggap dia kawan baik lelaki kita hoho sebab sekolah dulu semua sekolah perempuan so takde kawan lelaki pun. Time kat Puncak Alam pun tak berapa pandai nak berkawan dengan lelaki.. Mungkin ada hikmah Allah tetapkan setiap pertemuan itu, alhamdulillah. Whatever it is, terima kasih sudi layan selalu, senyum selalu, kat kita haha. Semoga kawan baik kita ni terus maju jaya di dalam hidunya insyaAllah. dan semoga cepat meninggi!:B
Sekarang, tibalah masa yang ditunggu-tunggu (buat bunyi drums sikit pleasee?) Nama kawan baik yang dari tadi kita tuis story mory tak sudah ni ialah... Mohamad Izhaq Mohamad Sam^^ baik dan kecik je orangnya tapi berpelajaran. Nama ayah kitorang dah nak sama kan? haha, Samsir and Mohamad Sam. Jadi, maryam sam dengan izhaq sam memang sesuai utk kitorang berdua lah haha. Sorrylah takde gambar pulak nak tunjuk Izhaq sam.
Terima kasih daun keladi sudi baca entry yang panjang lebar ini.:)
Ja, mata aimashou!^^ Assalamualaikum.